LEONARDO Bonucci diuji positif Covid-19, demikian pengesahan diumumkan kelab Juventus.
Pemain pertahanan tengah berusia 33 tahun itu menjalani ujian pada Khamis setelah kembali dari tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Itali.
Bonucci dinyatakan positif Covid-19 sehari selepas menonton dari bangku simpanan ketika Itali menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kemenangan 2-0 ke atas Lithuania.
Bonucci sebelum ini bermain untuk skuad utama Azzurri dalam dua pertandingan selama 90 minit penuh ketika bertemu Ireland Utara dan Bulgaria.
Setelah dinyatakan positif, Leonardo kini menjalani isolasi di rumah dan jurulatih Andrea Pirlo akan membuat penggiliran pemain bagi saingan di Serie A.
Add Comment