Komuniti Lain-Lain Terkini Uncategorized

Pertandingan Generasi E-Sukan Peringkat Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak Siri 2

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DALAM memartabatkan industri eSports, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Sukan Elektronik Generasi Bijak akan menganjurkan Pertandingan Generasi E-Sukan Peringkat Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak Siri 2.

Menurut Facebook GenBijak ESports, tarikh pendaftaran bermula pada 1 April hingga 30 April 2021.

“Pertandingan kategori sekolah menengah akan bermula pada 1 dan 2 Mei 2021 manakala 8 dan 9 Mei 2021 untuk kategori sekolah rendah,” katanya.

Siri kedua Generasi E-Sukan Sekolah 2021 (GES2021) akan menggunakan sepenuhnya sistem Kesatuan E-Sukan Malaysia (MESF) untuk pendaftaran peserta.

Semua sekolah menengah dan sekolah rendah dijemput untuk menghantar maksimum dua pasukan bagi menyertai pertandingan ini.

Penyertaan adalah terhad kepada 256 pasukan (kategori sekolah menengah) dan 128 pasukan (kategori sekolah rendah).

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: