Badminton Komuniti

ACPLJ : Balakong BC sasar cipta kejutan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ting Wen Xuan membuktikan kemampuan dengan mencatat kemenangan 3-0 pada acara lelaki perseorangan.

KEJOHANAN AEON Credit Junior Purple League (ACPLJ) membuka tirai dengan acara lelaki Bawah-15 dan Bawah-18 tahun mencuri tumpuan pada hari pertama kejohanan.

Balakong BC tampil mendahului setelah mempamerkan aksi dominan dengah menyapu bersih pusingan awal selepas tiga pemain perseorangan mereka mencatat kemenangan bergaya untuk melangkah mudah ke pusingan kedua.

Pemain perseorangan Bawah-18 tahun Balakong BC, Lee Qi Hong mendapat kemenangan walkover selepas Farlim BC menarik diri dari kejohanan, rakan sepasukanya Ting Wen Xuan membuktikan bahawa dia berada di kelas tersendiri selepas mencatat kemenangan straight-games keatas pemain Pulau Pinang BC, Chia Chun Yew.

Pemain perseorangan Bawah-15 tahun Balakong BC Liew Wen Jie, menumpaskan Koo Wye Jien dari Amanjaya BC dengan merangkul tiga kemenangan straight games, untuk memberi momentum kepada pasukannya untuk memenangi tiga daripada empat perlawanan mereka.

Kekalahan 3-0, Wee Yee Tern kepada pemain Segamat Spiritual Khoo Jun Sheng membantutkan harapan Balakong BC untuk mencatat rekod sempurna pada hari pertama kejohanan tetapi Yee Tern masih memiliki ruang untuk bangkit semula pada acara beregu lelaki.

ACPLJ edisi kali ini menampilkan lebih 300 pemain di bawah umur 18 tahun dari 40 kelab dari seluruh negara.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: