Bola Sepak Semasa Terkini

TFC hilang khidmat Rahadiazli

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rahadiazli dijangka berehat dalam tempoh yang agak lama ekoran kecederaan ACL yang dialaminya.

TERENGGANU FC bakal kehilangan penjaga gawang utama, Muhammad Rahadiazli Rahalim selepas pemain muda berkenaan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) semasa sesi latihan dalaman bersama pasukan semalam.

Rahadiazli sebelum ini yang telah beraksi dalam 5 perlawanan awal bersama TFC telah mempamerkan satu aksi yang baik sekaligus telah menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan bersama skuad utama Malaysia.

“Walaubagaimanapun dalam satu sesi perlawanan latihan dalaman skuad TFC Rabu lepas  telah mengundang tragedi yang tidak diingini pasukan apabila Rahadiazli telah disahkan mengalami kecederaan  anterior cruciate ligament (ACL),” ujar kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman rasmi pasukan Terengganu.com.

Jelas kenyataan tersebut, Rahadiazli yang melayangkan badan dalam satu percubaan melakukan satu tempisan keluar bola cubaan rakan sepasukan tidak berjaya melakukan pendaratan dengan baik dan hentakan pada lutut telah menyebabkan beliau kesakitan dan diusung keluar padang.

“Keadaan ini sememangnya merisaukan pengendali TFC, Nafuzi Zain kerana beliau dan pasukan telah melakukan persediaan bagi perlawanan menentang PJ City FC pada Jumaat ini dan sememangnya Rahadiazli disenarai sebagai penjaga gol pada perlawanan tersebut namun keadaan ini menyebabkan pemain ini terpaksa direhatkan untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas selesai menjalani pemeriksaan dia telah disahkan mengalami kecederaan ACL dan berita ini sangat mengejutkan pasukan dan semestinya ianya bukan sesuatu yang positif untuk diterima,” ujarnya.

Bagi perlawanan menentang PJ City FC pada Jumaat ini, penjaga gol simpanan Syed Nasrulhaq atau penjaga gol Terengganu FC II, Suhaimi Husin dijangka calon yang berkemungkinan bakal dinaikkan ke skuad utama untuk menggantikan Rahadiazli buat sementara waktu memandangkan pemain ini sudah mempunyai cukup minit bermain serta pengalaman beraksi di pentas Liga Super dan Liga Premier.

Sharmiza Yusof pula tidak disenaraikan kerana masih dalam proses pemulihan dari kecederaan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: