Antarabangsa Permotoran

Medan tebus maruah Quartararo


Quartararo tekad saji prestasi luar biasa di Doha, hujung minggu ini.

PENUNGGANG Yamaha, Fabio Quartararo gagal naik podium di MotoGP Qatar 2021. Kini, Quartararo bertekad memperbaiki dirinya pada perlumbaan  MotoGP Doha, akhir minggu ini.

Quartararo sebenarnya bermula baik di Losail dan menunjukkan prestasi cemerlang pada latihan bebas.

Dia muncul pelumba terpantas ketiga sesi kelayakan dan bermula di kedudukan ketiga .Bagaimanapun, aksi sebenar pelumba asal Perancis ini sekadar mengakhiri posisi kelima.

“Saya menantikan pusingan kedua di Losail, kerana ini adalah peluang terbaik. Pada hari minggu lalu saya bermula baik tapi ban tayar yang cepat haus melenyapkan peluang bersaing untuk podium.

“Tempat kelima memang tidak buruk, tapi saya fikir kami boleh mendapatkan hasil yang lebih baik. Kami sedang menganalisis data dan melihat bagaimana kami boleh meningkat untuk perlumbaan pada hari minggu ini.

“Saya bersemangat untuk mulakan perlumbaan,” kata Quartararo di GPOne.

Fabio Quartararo kini menghuni kedudukan kelima carta MotoGP 2021 dengan perolehan 11 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: