Antarabangsa Bola Sepak

Antoine Griezmann pamer bisa di Bosnia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Gaya unik Griezmann meraikan gol untuk Les Bleus, awal pagi tadi.

ANTOINE Griezmann muncul hero pasukan Perancis dalam kunjungan mereka ke kubu Bosnia-Herzegovina, awal pagi tadi.

Gol tunggal pemain Barcelona itu cukup menghadiahkan tiga mata buat Les Bleus pada pertemuan kelayakan Piala Dunia Kumpulan D di Grbavica, Sarajevo.

Untuk rekod, dia sekarang menjadi penjaring keempat terbanyak negaranya dengan 35 gol dan memintas David Trezeguet (34).

Tuan rumah turun dengan kekuatan terbaiknya termasuk penyerang veteran Edin Dzeko, serta pemain tengah Miralem Pjanic yang membuat penampilan ke-100 untuk negaranya.

Perancis kini mengutip tujuh mata, mengatasi pesaing terdekat, Ukraine manakala Bosnia kekal di posisi keempat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: