Antarabangsa Bola Sepak

‘Thiago Alcantara buat tak tahu jer’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

IMBAS KEMBALI..Perlawanan di Goodison Park berlangsung tegang.

PENYERANG Everton, Richarlison mengimbas kembali kejadian terjahan kerasnya terhadap Thiago Alcantara pada aksi derby Merseyside Oktober lalu.

Pertembungan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Liverpool di Goodison Park berlangsung tegang dan melibatkan dua insiden sepanjang perlawanan.kekasaran Richarlison terhadap Thiago juga menjadi kontroversi.

Richarlison melakukan terjahan kasar kepada Thiago di minit-minit akhir permainan dan kemudian dilayangkan kad merah.

Manakala, Thiago mengalami kecederaan yang membuatkannya terpaksa berehat kira-kira dua bulan setengah.

Richarlison memberitahu ada meminta maaf secara peribadi kepada Thiago menerusi media sosial. Namun, penyerang asal Brazil itu tidak mendapat jawaban dari Thiago.

Thiago dan Richarlison tidak bertegur sapa semasa aksi di Anfield, Februari lepas.

“Pertandingan terakhir saya melakukan terjahan ke Thiago dan dapat kad merah. Maafkan saya. Lalu saya ke Instagram untuk minta maaf. Dia cuma melihatnya. Saya cakap ‘saya akan memadam mesej  ini juga, kerana dia enggan juga membalas’.

“Dan saya ke Instagram dan memadamkannya. Dia tidak menjawabnya, tidak,” ujar Richarlison dalam sebuah siaran langsung di YouTube seperti dilapor  Mirror.

Richarlison dan Thiago Alcantara kembali bertemu di derby Merseyside pusingan kedua di Anfield pada Februari lalu. Kedua-duanya saling mengabaikan pada pertembungan itu.

“Ada aksi derby lagi, di laman mereka, dia tidak melihat ke arah saya, saya juga tidak melihatnya. Pertandingan berjalan. Dia buat tak tahu,” kata Richarlison mengenai sikap dingin Thiago Alcantara.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: