Antarabangsa Bola Sepak

Ini dah lebih Cristiano Ronaldo !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ronaldo mencampak lilitan kapten hingga mengundang kritikan.

AKSI Cristiano Ronaldo ketika keluar dari padang dan mencampak lilitan kapten terus menuaikan kritikan. Terbaru, ianya datang daripada legenda Juventus, Alessandro del Piero.

Dia menilai tindakan dilakukan Ronaldo itu tak sepatutnya dilakukan untuk seorang kapten pasukan.

“Ini reaksi yang berlebihan. Dia tak seharusnya bersikap seperti ini, dengan cara itu.

“Tiada masalah untuk marah, tiada masalah membincangkan dengan pengadil. Tapi melempar lilitan kapten dan bertindak seperti ini terlalu berlebihan untuk seseorang yang merupakan kapten pasukan, apatah lagi dirinya merupakan ikon bola sepak,” kata Del Piero kepada ESPN dipetik Football Italia.

Semalam, tindak tanduk Ronaldo itu dibela oleh pengurus Portugal Fernando Santos. Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu juga menebus aksi kontroversinya dengan satu gol, ketika Portugal mengatasi  Luxembourg 3-1 kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah, awal pagi tadi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: