Bola Sepak Semasa Terkini

AFL senarai pendek 14 pasukan ke Liga M3 2021


 

AMATEUR Football League (AFL) hari ini mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

14 pasukan adalah seperti berikut Armed Forces FC, BRM FC, Cyberlynx FC, FC Langkawi, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, Kinabalu Jaguars FC, KSR Sains FC, Kuala Kangsar FC, Langkawi City FC, Manjung City FC, MNY FC, PIB FC dan Real Chukai FC

Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021.

“Selain daripada 14 pasukan , maksimum enam pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding.

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan,” katanya menerusi Facebook rasmi AFL.

Mohd Yusoff berkata, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional.

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya.

Pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: