Antarabangsa Permotoran

Prestasi mantap Vinales dapat pujian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Vinales bersama jentera Monster Energy Yamaha.

SEPERTI diketahui Maverick Vinales menjuarai pusingan pertama MotoGP Qatar 2021. Memulakan saingan pada kedudukan ketiga, penunggang pasukan Monster Energy Yamaha itu berjaya merebut podium pertama.

Penampilan mantap Vinales di Qatar sejak 2017 itu mendapat pujian positif daripada Valentino Rossi.

“Maverick sangat menakjubkann. Dia menjadikan pertandingan yang begitu fantastik. Keputusan yang sangat positif untuk kemenangan Yamaha.

“Mereka memiliki pengaturan yang sedikit berbeza dibandingkan kami dan bekerja dengan sangat baik. (Fabio) Quartararo juga kuat.

“Itu perkara baik supaya kami boleh mencuba memahami adakah kami dapat meningkat untuk hujung minggu depan,” kata Rossi dipetik dari Speedweek.

Rossi, memulakan perlumbaan di posisi keempat dalam MotoGP Qatar 2021. Namun, pelumba berusia 42 tahun tersebut mengalami masalah pada ban, sehingga terpaksa berpuas hati menamatkan saingan pada kelompok ke-12.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: