Antarabangsa Permotoran

Sandwich punca Alonso gagal tamatkan perlumbaan


Jentera Alonso gagal menamatkan saingan akibat masalah pada rem.

NASIB malang dialami Fernando Alonso di Formula 1 GP Bahrain 2021. Pelumba Alpine-Renault itu gagal menamatkan perlumbaan gara-gara sebungkus sandwich!

GP Bahrain merupakan debut kembalinya Alonso ke F1 setelah dua tahun berehat. Segalanya nampak berjalan lancar di awal, dan bermula dari petak kesembilan selepas sesi kelayakan.

Namun ia cukup berbeza ketika pusingan sebenar berlangsung. Alonso hanya mampu bertahan 33 lap dan terpaksa masuk ke bahagian pit setelah kru Alpine mendapati adanya masalah pada jentera.

Rupa-rupanya, ada sesuatu yang tersangkut di saluran jentera milikl Alonso, dan itu adalah bungkusan sandwich. Perkara itu diakui oleh Pengarah Eksekutif Alpine, Marcin Budkowski.

“Setelah dia (Alonso) masuk pit stop yang pertama, kami punyai masalah kecil, yang memaksa kami mengurangkan prestasi jentera.
“Dan ketika pit stop kedua, kertas pembungkus sandwich tersangkut di saluran rem belakang jentera Alonso,” ujar Budkowski, dilapor Crash.

Jelasnya lagi, masalah itu menyebabkan kenaikan suhu dan membuatkan sistem pengereman rosak, jadi dia harus berhenti demi keselamatan.

“Fernando sangat tidak bernasib baik di pusingan pertamanya, walhal dia tampil bagus,” jelasnya.

Sementara itu, Alonso sendiri kecewa dengan hasil tiada kutipan mata yang diperolehinya. Meski begitu, juara dunia dua kali itu tidak patah semangat.

“Sangat memalukan kami tak berjaya menamatkan saingan kerana saya sangat menikmati perlumbaan.

“Harap boleh kembali kembali berlumba di sini dan merasai lagi adrenalin di grid, lagu kebangsaan..itu cukup membuat saya emosional,” jelas Alonso.

Selepas GP Bahrain, F1 akan berehat selama tiga minggu. Pusingan kedua, di GP Emilia Romagna di Litar Imola, akan berlangsung pada 18 April depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: