CRISTIANO Ronaldo tetap kapten pasukan kebangsaan Portugal walaupun kini menerima kecaman keras berikutan tindakannya semasa pertemuan menentang Serbia.
Ia dijelaskan sendiri jurulatih, Fernando Santos pada aksi yang berkesudahan seri 2-2 kelayakan Piala Dunia 2022.
Terlebih dahulu di depan hasil dua gol Diogo Jota, Portugal bolos menerusi jaringan lewat Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic.
“Itu cuma satu bentuk tindakan kecewa. Cristiano akan tetap jadi kapten. Dia adalah contoh untuk semua orang.
“Kalau dia menyinggung jurulatih atau rakan sepasukannya, kami akan memikirkan berkaitan kejadiannya, tapi ini tidak terjadi bukan? Dia selalu ingin menang, dan dia sangat kecewa,” katanya dipetik Football Italia.
Kontroversi terjadi pada minit-minit akhir. Ronaldo mencetak gol, tapi pengadil tidak mengesahkannya kerana bola dinilai belum melintasi garisan gawang.
Add Comment