Bola Sepak Semasa Terkini

Empat ‘mesin gol’ tumpuan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Empat penyerang yang bakal jadi tumpuan

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) akan kembali buka gelanggang pada Jumaat dan Sabtu ini yang pasti akan terus menjanjikan persaingan menarik antara pasukan bertanding.

Lima perlawanan awal sebelum ini sudah membuktikan yang persiapan kurang rapi dihadapi pasukan ekoran pandemik Covid-19 langsung tidak beri kesan besar.

Antara posisi yang sering menjadi tumpuan setiap kali perlawanan sudah pasti menjurus kepada penyerang, tidak kira tenaga import mahu pun tempatan.

Daripada puluhan penyerang yang dimiliki ketika ini, ini antara pemain yang wajar diberi perhatian, sejauh mana impak yang mampu dikekalkan pada saingan selepas ini.

 Bergson Da Silva

Bergson Da Silva

Adalah menjadi tidak lengkap jika tidak menyentuh kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini selepas tidak menunggu lama untuk menghadirkan sensasi apabila meledak gol pada debutnya.

Daripada penelitian, pemain ini memiliki kualiti yang baik untuk terus memacu Harimau Selatan dan dijangka akan kekal menjadi nadi pasukan dalam pemburuan jaringan.

Kpah Sherman

Kpah Sherman

Pemain ini pernah melafazkan ikrar untuk tidak melepaskan sebarang mata ketika aksi di Stadium Darul Aman dan prestasi peribadinya jelas berada pada tahap terbaik apabila menyertai senarai penjaring terbanyak Liga Super.

Dengan bantuan daripada seorang lagi import Kedah Darul Aman (KDA FC), Tchetche Kipre dan pengalamannya di Liga M, Kipre dilihat bermampuan untuk muncul antara ‘mesin gol’ buat pasukannya.

Jordan Mintah

Jordan Mintah

Diberi peluang oleh Nafuzi Zain untuk menyertai skuad utama, pemain dari Ghana ini segera cetus sensasi dikalangan penyokong setia skuad Peteh.

Dengan sokongan daripada rakan sepasukan, pemain ini jelas cukup tajam di depan gol dan seluruh pemerhati juga akan menjurus kepadanya untuk melihat sejauh mana impak mampu dikekalkan pada baki saingan musim ini.

Darren Lok

Darren Lok

Ketika tumpuan posisi penyerang lebih menjurus kepada pemain import, nama pemain warisan negara ini muncul bersama empat lagi dalam senarai lima penjaring terbanyak dengan tiga gol.

Kredit wajib diberikan kepada pemain ini kerana pantas membalas kepercayaan PJ City FC kepadanya dan prestasi hebat itu adalah hasil kerja keras, ketika pasukan hanya dibarisi tenaga tempatan sepenuhnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: