Antarabangsa Bola Sepak

N’Golo Kante ‘Raja Terjahan’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kante kerap jadi pilihan Chelsea musim ini.

N’GOLO Kante layak digelar sebagai salah seorang pemain tengah bertahan di Liga Perdana Inggeris kerana kerajinan menerjah dan memintas umpanan pihak lawan.

Pemain Chelsea itu baru saja menyambut usia kelahiran ke-30 tahun dan masih menjadi pilihan utama skuad. Kante kuat dari segi stamina sehingga ada yang memanggilnya, , ‘N’Golo Kante ada di mana-mana’.

Berdasarkan data dari Squawka, N’Golo Kante sejak bermain di Liga Inggeris bermula tahun 2015, dirinya mencatatkan 604 terjahan dan 465 pintasan. Jika dipuratakan, Kante melakukan terjahan setiap 14 minit sekali di padang.

Statistik itu mendapat pujian daripada rakan sepasukan, Mason Mount yang menilai Kante tidak pernah berhenti mengejar bola.

“Kante akan terus berlari dan ya, dia ada di mana-mana. Dia akan selalu membuatkan lawan kesukaran memasuki kawasan kami,” katanya dipetik dari Mirror.

Tuchel sudah lama memantau Kante dan akhirnya bergabung bersama The Blues.

Malahan, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel juga tak pernah meragui keupayaan Kante.

“Dari dulu, saya mahu Kante ada dalam pasukan saya. Sekarang saya bersamanya dan ini seperti hadiah.

“Kante adalah sebuah anugerah. Dia bermain luar biasa dan tidak pernah berhenti berlari, saya belum pernah melihat pemain seperti ini,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: