Antarabangsa Lain-Lain Uncategorized

Khabib enggan bertarung lagi demi ibunya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dana White 

PRESIDEN UFC, Dana White menjelaskan satu alasan penyebab Khabib Nurmagomedov enggan lagi terlibat dalam arena pertarungan.

Ia kerana,  Khabib sudah berjanji kepada ibunya, untuk tidak bertarung lagi. Nurmagomedov mengumumkan persaraan dari UFC pada tahun 2020 setelah mengalahkan Justin Gaethje di UFC 254, Abu Dhabi  akhir tahun lalu.

Petarung asal Dagestan itu miliki rekod kemenangan 29-0, serta mampu mempertahankan empat kali tali pinggang juara kelas ringan.

Khabib sendiri sudah menyatakan, dirinya bersara kerana keinginan ibunya yang tidak mahu lagi melihat ‘The Eagle’ bertarung sejak ayah Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia pada awal Jun 2020.

Meskipun begitu, khabar angin kembalinya Khabib ke UFC terus bertiup kencang.

Khabib dinilai masih berada di usia emas dan boleh sahaja menggenapkan kemenangannya menjadi 30-0.

“Khabib enggan lagi bertarung kerana itu akan membuat ibunya tertekan. Khabib pernah cakap, saya tidak boleh melakukan hal itu kepadanya (ibunya),” jelas Dana.

Sementara itu, pihak penaja terus mengharapkan Khabib kembali comeback ke UFC.

Tapi menurut Dana White, wang tidak akan mampu menggoyahkan pendirian Khabib.

“Saya rasa bukan soal wang. Khabib juga tidak memerlukan wang,” kata Dana.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: