Lain-Lain Terkini

Atlet sukan bakal galas jawatan Timbalan CDM


Hamidin (kiri) mengiringi ketibaan Reezal ke majlis perasmian Liga Suparimau di FAM, hari ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

CHEF de Mission (CDM) ke Sukan Sea Vietnam 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak kemungkinan bakal melantik atlet sukan sebagai timbalannya pada kejohanan dwi tahunan yang dijadualkan penghujung tahun ini.

Ujarnya, buat masa ini dia telah menemuduga beberapa calon terdiri dari atlet-atlet dan presiden persatuan-persatuan sukan dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM),

“Kalau atlet ini memiliki kredibiliti individu sebagai pemimpin saya akan cadangkan kepada MOM bahawa atlet ini boleh dijadikan sebagai Ikon untuk bersama saya. Timbalan CDM ini adalah luas.

“Mungkin kali ini saya inginkan kelainan, melantik bekas atlet sukan yang dianggap idola untuk membantu saya, disini saya ada beberapa cadangan tetapi saya akan dapatkan restu dari Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Saya tidak perlu cepat, kerana buat masa ini mungkin ada sangat kerja yang mustahak, mungkin selepas raya saya akan umumkan timbalan kerana kita akan buat mesyuarat persatuan sukan setiap bulan,” jelasnya ditemui media selepas majlis  perlancaran Liga Suparimau, di Wisma FAM, sebentar tadi.

Mengulas isu skuad snuker negara menerima tamparan besar menjelang Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini apabila pusat latihan mereka di Bandar Sunway, Kuala Lumpur terpaksa ditutup ekoran kegagalan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) menampung kos operasi yang mencecah lebih RM300,000 Hamidin menjelaskan ia akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi dan Menteri Belia dan Sukan juga telah dimaklumkan perkara ini.

“Kita akan pastikan mereka mempunyai tempat untuk menjalani latihan sebagai persiapan Sukan SEA hujung tahun ini,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: