Bola Sepak Semasa Terkini

Tidak perlu takut buat keputusan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican (kiri) turut hadir merasmikan pelancaran Liga SupaRimau, di FAM.

 

“SAYA beri jaminan Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak akan dikongkong oleh mana-mana pihak,” tegas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung dakwaan badan integriti itu.

Jelasnya, FAM memberi jaminan tidak ada campur tangan mana-mana pihak berhubung hukuman terhadap pemain yang dibicarakan menerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM dan kepercayaan penuh diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu dan barisan ahli jawatankuasa berkenaan.

“Tidak perlu (takut buat keputusan), mungkin kali kedua (insiden sama) keputusan berbeza dan anda akan lihat sendiri nanti. Ini perlawanan permulaan dan saya tahu ada peminat kurang sabar.

“Saya beri jaminan mereka (Jawatankuasa Tatatertib FAM) tidak akan dikongkong oleh mana-mana pihak.

“Anda rasa tidak tegas, bila kita tegas akan kata FAM terlalu tegas tapi saya rasa ada sebab yang rasional (terhadap hukuman yang dijatuhkan). Kena ingat badan ini bebas dan menjalankan tugas mengikut kod kata tertib, mereka telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis perlancaran Liga Suparimau.

Terdahulu, sepanjang lima perlawanan Liga Malaysia (Liga M), ramai mata tertumpu kepada mutu pengadilan selain hukuman ringan yang dikenakan kepada pemain yang bertindak ganas menolak pengadil iaitu Jack Hindle dari Kelantan FC dan Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United) hanya diberi amaran.

Mengulas mengenai Liga M sepanjang lima perlawanan ini, Hamidin mengakui beliau berpuas hati dengan perjalanan liga bola sepak tempatan itu namun sedar ada beberapa insiden yang berlaku termasuk mutu pengadilan.

“FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) bekerja kuat untuk memulihkan kembali Liga M. Tempoh beberapa perlawanan berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa insiden tenatng pengadil.

“Sudah tentu pihak jawatankuasa pengadil akan memperbaiki dan saya tekah arahkan Datuk S Sivasundaram (Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM) untuk melakukan post mortem dan sering berjumpa dengan pengadil.

“Ada beberapa perkara yang telah mereka cadangkan untuk dibuat dan ia telah dilaksanakan. Kita FAM sensitif dengan perkara ini dan akan cuba beri yang terbaik,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: