Basikal Lain-Lain Olahraga Terkini

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan vaksin di Australia


Reezal Merican (dua,kanan) pada Program ‘Beyond Coaching’ Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di Institut Sukan Negara, hari ini.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membantu jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mendapatkan suntikan vaksin di Melbourne, Australia.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kebanyakkan negara mengamalkan vaksi untuk semua sama ada yang berkerja disana mahupun berhijrah.

“Kalau beliau dapat vaksin disana dah tak perlu dapatkan disini, tapi  seandainya dalam tempoh tertentu belum dapat vaksin disana saya akan masukannya untuk dapatkan vaksin disini.

“Bergantung kepada waktu yang paling awal dia dapatkan vaksin disana, tetapi saya tidak dapat lagi maklumat tentang jadual vaksin Azizul, Shah Firdaus dan jurulatih disana,” jelasnya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program ‘Beyond Coaching’ Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di Institut Sukan Negara,hari ini.

Reezal berkata, dia juga telah bertemu dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk mendapatkan tarikh sebenar suntikan vaksin kepada atlet.

“Saya akan pastikan bahawa 264 atlet  yang tersenarai akan menerima vaksin mereka April ini dan dos kedua sebelum bulan Mei, “ tegasnya.

Sementara itu Program Beyond Coaching AKK diwujudkan bagi memperkenalkan beberapa inisiatif baharu AKK, ISN dalam menjadi hub Pendidikan kejurulatihan Sukan Kebangsaan yang lebih tersusun dan bersistematik.

Reezal turut menyambut baik Pengenalan Program Women Can Coach oleh AKK, ISN di mana ianya adalah satu program khas bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kejurulatihan sekaligus menyahut kempen KBS dalam memperkasakan peranan wanita dalam ekosistem sukan negara.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading