Lain-Lain Semasa Terkini

Kejayaan atlet di pentas antarabangsa cetus inspirasi dan pendorong semangat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

RENTETAN kejayaan dari sukan badminton dan berbasikal sentiasa menjadi inspirasi dan pendorong semangat buat rakyat Malaysia.

Lantara itu, kejayaan atlet negara di pentas antarabangsa ini bakal mendorong lebih banyak detik manis untuk dikecapi arena sukan tanahair terutamanya menjelang Sukan Olimpik Tokyo bermula Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kejayaan yang diraih ini adalah hasil kerja keras semua yang terlibat.

“Tahniah kepada atlet dan pasukan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua yang terbabit termasuklah jurulatih, pengurusan, persatuan sukan kebangsaan, pasukan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) serta mereka yang bekerja di belakang tabir.

“Saya sentiasa percaya sukan adalah medan kebersamaan kita. ‘The moment of unity’ (detik perpaduan). Saya juga percaya akan kebolehan dan kemampuan atlet kita. Semangat enggan mengalah dan semangat untuk negara menjadi azimat kemaraan mereka untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

“Semoga lebih banyak memori manis dapat kita lakar sepanjang tahun ini khususnya menjelang temasya Olimpik tidak lama lagi. Semangat demi Malaysia!,” ujarnya menerusi hantaran pada akaun Facebook miliknya.

Jelasnya,  prestasi pasangan Pearly (Tan)- (M) Thinaah dan (Goh) Liu Ying-(Chan) Peng Soon yang cukup membanggakan.

“Hujung minggu ini juga kita menerima berita kejayaan Shah Firdaus dan Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia di Brisbane dalam acara keirin dan pecut.

“Begitu juga di saingan badminton Terbuka Poland 2021. Pemain muda Malaysia merangkul gelaran juara dalam tiga acara (perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran).

Tahniah Ng Tze Yong, Chang Yee Jun, Chia Weijie, Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei,” tegasnya.

Untuk rekod arena sukan negara menerima khabar gembira apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjuarai Terbuka England dengan menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen di pentas final.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: