Bola Sepak Semasa Terkini

Kisah Awang…

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Al Hafiz cuba melepasi pertahanan JDT pada aksi Liga Super 8 Mac lalu

 

SESEORANG pemain bola profesional sudah pasti sinonim dengan jiwa yang kental dan tidak mudah putus asa dalam memburu kejayaan pasukan mahu pun peribadi.

Itu yang dibuktikan pemain Penang FC, Al Hafiz Harun yang pamer peningkatan ketika hanya memulakan musim ini di bangku simpanan dalam dua perlawanan awal.

Walaupun dua perlawanan awal Al Hafiz gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama, peluang yang diberikan ketika dimasukkan pemain gantian pantas dimanfaatkan.

Malah komitmen yang dijelmakan ketika latihan mula membuahkan hasil apabila berjaya mencuri perhatian pengendali pasukan, Tomas Trucha.

Kemuncaknya, Al Hafiz ata lebih dikenali sebagai Awang dikalangan rakan sepasukan berjaya tampil sebagai watak penting pasukan dan turut meledak satu gol untuk membantu kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC, 20 Mac lalu.

Selepas apa yang sudah dipamerkan dalam lima perlawanan awal, sudah pasti ahrapan sama juga didambakan untuk dikekalkan dalam aksi seterusnya.

“Memanglah kalau dapat jaringkan gol, ia akan menarik perhatian orang. Apabila diberi peluang dalam kesebelasan utama, saya diminta supaya bermain dengan cara sendiri.

“Alhamdulillah dengan peluang yang saya dapat. Setakat ini apa yang boleh saya katakan prestasi makin baik,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: