Hoki Semasa Terkini

UniKL Ladies menang besar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DUA gol masing-masing daripada Nurmaizatul Hanim Syafi Fuad dan Raja Norsharina Raja Shabuddin memastikan kedudukan seri buat penyandang juara PKS Uniten-KPT yang mengikat PDRM Blue Warriors pada separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Hoki Nasional, malam tadi.

Kedua-dua Uniten dan PDRM terikat 3-3 selepas 60 minit permainan dan terpaksa menunggu empat suku permainan lagi pada Rabu ini untuk memastikan tiket ke final.

PDRM terlebih dahulu membuka jaringan apabila Ellya Amanina Ellias menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit 31.

Namun 10 minit kemudian, Nurmaizatul Hanim Syafi memastikan kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan padang.

Serangan demi serangan PDRM akhirnya membuahkan hasil dengan dua gol dijaringkan dalam tempoh tiga minit menerusi Nurfatin Dizana Mohd Zaidi pada minit ke-42 dan Wan Norfaiezah Md Saiuti pada minit ke 45.

Begitupun, kegembiraan PDRM tidak lama apabila Nurmaizatul Hanim sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-46 sebelum Norsharina Raja Shabuddin menghadiahkan gol penyemaan buat PKS untuk mengikat PDRM seterusnya mengheret perlawanan untuk ditentukan pada Rabu ini.

Jurulatih PKS Uniten Lailin Abu Hassan puas hati dengan semangat melawan pemain dan menggangap kebangkitan pada suku keempat malam ini merupakan turnover yang baik untuk pasukan.

“Walaupun beberapa kali ketinggalan, pemain tak putus asa dan menunjukkan komitmen tinggi untuk mengejar semula. Saya anggap ini keputusan yang baik untuk separuh akhr kedua nanti,” kata beliau.

Pengendali PDRM Ahmad Nizam Yusof pula berkata secara keseluruhan kedua-dua pasukan bermain baik dan saling menyerang dan bertahan. “Kami akui Uniten pasukan yang tak mudah mengelah, hanya kelekaan di atas padang akan membawa padah,” kata beliau.

UniKL LADIES 8 – 0  SABAH

DALAM satu lagi separuh akhir, UniKL Ladies tidak berdepan masalah membenam Sabah dengan kemenangan besar 8-0 pada separuh akhir pertama sekaligus hampir pasti melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Vivian May Soars 2021.

Jaringan hatrik Nur Afiqah Shahzani Azhar pada minit ke 18, 41 dan 56 mengemudi kejayaan UniKL Ladies yang sudah pun memiliki gelaran juara.

Nuramirah Shakirah Zulkifli pula terus melebarkan jurang sebagai penjaring terbanyak setakat ini selepas menjaringkan dua gol seawal minit ke-2 dan minit ke-16.

Nuraini Abd Rashid (minit ke-5), Khairunnisa Ayuni Sharudin (minit ke-49) dan Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail (minit ke-51) melengkapkan kemenangan besar untuk membuka laluan UniKL Ladies tampil dalam final pertama dalam penampilan sulung mereka.

Kemenangan itu sekaligus terus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah UniKL Ladies dalam saingan musim ini termasuk lima kemenangan mutlak dalam Liga.

Pengendali UniKL Ladies Roslan Jamaluddin: “Kita punya kelebihan dengan kemenangan besar ini…memang kami memang mencari jaringan besar untuk memudahkan tugas pada separuh akhir kedua nanti.

“Untuk perlawanan separuh kedua nanti, mungkin pemain utama akan direhatkan untuk beri peluang kepada pemain-pemain muda yang lain,” kata beliau.

JADUAL PERLAWANAN:

Rabu, 31 Mac:

 Separuh Akhir 2

PKS Uniten-KPT mln PDRM Blue Warriors

Sabah mln UniKL Ladies


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: