Antarabangsa motorsport

Bagnaia nyaris naik podium ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bagnaia azam ubah strategi pada pusingan MotoGP berikutnya.

FRANCESCO Bagnaia sebenar nyaris gagal untuk naik podium pada perlumbaan MotoGP Qatar Ahad lalu. Penunggang Ducati itu mendapat satu pelajaran berguna pada pusingan pertama MotoGP 2021.

Bagnaia menamatkan kedudukan ketiga pada pusingandi Litar Losail walaupun bermula dari posisi utama.

Seperti diketahui, prestasi Bagnaia mula merosot di pertengahan puisngan sehingga dipintas Vinales, Joan Mir, dan Johann Zarco.

Namun, pelumba berusia 24 tahun itu tidak menyerah dan mengakui kesalahannya adalah terlalu memaksakan diri di separuh awal perlumbaan.

“Saya fikir kelajuan saya cukup untuk sampai ke penamat. Tapi mungkin kerana kondisi yang lebih panas atau angin, saya mula alami kesulitan setelah 15 pusingan,” jelasnya dipetik Crash.

Bagnaia menambah, dia berusaha untuk kekal di posisi pertama tapi Maverick miliki kelajuan yang sangat bagus.

“Ketika dia memintas, saya cuba merapatinya.. Tapi dia sudah ke depan. Jadi mungkin minggu depan saya perlu mengubah sedikit strategi.

“Kami pastinya akan meningkat dan lebih baik di bahagian akhir perlumbaan,” kata Bagnaia lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: