Antarabangsa Bola Sepak

Sergio Aguero tinggalkan Manchester City akhir musim

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aguero (tengah) tinggalkan City dengan 1001 kenangan manis.

MANCHESTER City mengumumkan penyerangnya, Sergio Aguero akan meninggalkan kelab menjelang akhir musim ini.

Bintang antarabangsa Argentina itu akan berstatus ejen bebas pada musim panas nanti dan pihak kelab telah mengesahkan legendanya itu tidak akan melanjutkan kontrak.

Aguero, yang menyertai ke City dari Atletico Madrid pada 2011, kini menarik minat kelab ternama seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain 32 tahun itu sebenarnya ingin kekal namun dia hanya lima kali bermula dalam kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara musim ini setelah kerap bermasalah dengan kecergasan dan isu kecederaan.

Catatan 257 gol daripada 384 penampilan setakat ini, Aguero merupakan penjaring terbanyak The Citizens sekali gus mengatasi
rekod 78 tahun milik Eric Brook.

Dia memecahkan rekod tersebut pada 2017 dan pemilik City, Khaldoon Al Mubarak mengesahkan bahawa sebuah patung untuknya telah dipesan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: