
MAVERICK Vinales memimpin carta MotoGP 2021 selepas memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Litar Losail, awal pagi tadi.
Walaupun bermula di petak ketiga, Vinales akhirnya muncul pelumba pertama yang menyentuh garisan penamat.
Penunggang Rider Monster Energy Yamaha itu mengatasi Johann Zarco yang berada di kedudukan kedua manakala Francesco Bagnaia yang memulakan perlumbaan berpuas hati di tempat ketiga.
Maverick Vinales kini muncul pendahulu semasa di Moto GP dengan mengutip 25 mata.
Add Comment