Antarabangsa Permotoran

 Lewis Hamilton juara F1 GP Bahrain 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamilton  diraikan krew Mercedes apabila muncul juara perlumbaan.

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton gah menerajui sebagai pemenang F1 GP Bahrain 2021. Hamilton mengalahkan pencabar terdekatnya, Max Verstappen yang menamatkan kedudukan kedua.

Pada pusingan di Litar Antarabangsa Bahrain awal pagi tadi, Mercedes mendominasi podium setelah Valtteri Bottas mucul ketiga terbaik keseluruhan.

Hamilton juara dengan catatan masa 0.745 saat berbanding Verstappen.

Sementara itu, pelumba McLaren, Lando Norris berada di posisi keempat di depan Sergio Perez. Charles Leclerc menjadi pelumba Ferrari terbaik selepas mengakhiri pusingan di kedudukan keenam di depan Daniel Ricciardo dan Carlos Sainz.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel pula sekadar di kedudukan ke-14 di belakang, Esteban Ocon, Antonio Giovinazzi, dan Kimi Raikkonen.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: