Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Hon Jian-Ee Wei juara beregu campuran Terbuka Poland

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Choong Hon Jian-Toh Ee Wei

BEREGU campuran negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei melengkapkan aksi cemerlang mereka apabila muncul juara Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland.

Gandingan muda ini hanya mengambil masa 28 minit untuk menjinakkan pasangan Switzerland, Nicolas Mueller-Ronja Stern 21-16, 21-12 bagi memastikan gelaran sulung pada aksi pertama mereka.

Ini adalah kali pertama Hon Jian-Ee Wei yang baru digandingkan pada pertengahan Februari lalu, beraksi di peringkat senior dan mereka melakukannya tanpa mencicirkan sebarang set di kejohanan ini.

Mereka pernah digandingkan sewaktu Kejohanan Remaja Dunia 2018 tetapi tewas seawal pusingan kedua,dan kembali digandingkan semula bulan lalu berikutan pengguguran beberapa pemain senior acara beregu campuran.

”Kami agak gemuruh pada awal permainan dan ia menjejaskan sedikit permainan kami.

”Tapi semakin lama kami makin selesa dan dapat bermain seperti yang dikehendaki untuk bangkit semula.

”Saya harap kejayaan ini akan memberi peluang kepada kami untuk dihantar ke kejohanan yang lebih besar supaya dapat menguji kemampuan menentang lawan yang lebih baik, ”kata Ee Wei ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

Kejayaan ini pasti pasti melegakan Ee Wei yang sebelum ini melihat bekas gandingannya, Pearly Tan dalam acara beregu wanita, mencipta nama menjuarai Terbuka Switzerland bersama M Thinaah pada 7 Mac lepas.

Ee Wei dan Pearly pernah muncul naib juara di Kejohanan Remaja Dunia dan Remaja Asia pada 2018, sebelum Ee Wei mengundurkan diri daripada skuad negara atas masalah kesihatan.

Pemain dari Melaka ini diserapkan semula dalam skuad negara pada pertengahan tahun lalu dan hanya dimasukkan dalam barisan beregu campuran bulan lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: