Badminton Semasa Terkini

Terbuka Poland: Aidil ke separuh akhir, Iskandar kandas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Langkah Iskandar kandas di saingan suku akhir.

IMPIAN melihat empat wakil perseorangan lelaki negara berebut tiket final dalam aksi separuh akhir Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland, tidak kesampaian.

Pemain professional, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal melengkapkan malam membanggakan bagi Malaysia apabila tewas kepada pilihan kedua, Pablo Abian dari Sepanyol 21-19, 14-21, 21-23 dalam aksi suku akhir yang berlangsung 65 minit.

Kekalahan Iskandar, pemain nombor 96 dunia itu, membolehkan Abian yang berada 42 tangga di atas rankingnya, menyamakan rekod pertemuan mereka kepada 1-1.

Abian kini akan seorang lagi pemain negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin untuk merebut tiket ke final esok.

AIDIL SHOLEH

Aidil Sholeh, sebelum itu menundukkan wakil tuan rumah, Michal Rogalski 24-22, 21-18 untuk mengiringi dua rakannya, Leong Jun Hao dan Ng Tze Yong yang mengesahkan tempat mereka lebih awal.

“Aidil mempamerkan permainan yang baik hari ini, lebih berani dan turun dengan pelan permainan yang bagus.

“Ini berbeza dengan semalam apabila dia nampak takut-takut sehingga memberi kesan kepada permainannya,” kata jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

Terdahulu, Jun Hao dan Tze Yong layak ke separuh akhir untuk menentang satu sama lain bagi mendapatkan tempat dalam aksi penentuan esok.

Sementara itu, pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tidak menghampakan apabila menundukkan Gijs Duijs-Wessel Van Der Aar dari Belanda 21-8, 21-18 untuk memastikan tempat di separuh akhir.

Mereka kini akan berdepan Robert Cybulski-Przemyslaw Szydlowski dari Poland yang menundukkan wakil Itali, Gianmarco Bailetti-David Salutt 17-21, 21-17, 22-20.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: