Antarabangsa Basikal Terkini

Azizulhasni dapat tonik terbaik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dari kiri : Azizulhasni, Richardson dan Shah Firdaus menaiki podium, sebentar tadi.

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik terbaik Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini apabila meraih penamat di podium pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia, Brisbane, sebentar tadi.

Azizulhasni Awang memenangi pingat perak, apabila kalah kepada kayuhan juara bertahan, Matthew Richardson di pentas final dengan keputusan 0-2.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Shah Firdaus Sahrom menggenggam gangsa dalam acara pecut individu lelaki yang berlangsung di Velodrom Anna Meares.

“Saya memberikan yang terbaik di final untuk emas namun Richardson adalah pelumba yang lebih baik malam ini.

“Ini adalah kejayaan yang baik ketika saya bersiap untuk Tokyo 2021. Saya akan kembali ke Keirin esok.

“Terima kasih atas sokongan semua,” katanya menerusi Twitter.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: