Antarabangsa Badminton

Qi Xuan teruskan kemaraan di Terbuka Poland


Eoon Qi Xuan

EOON Qi Xuan, satu-satunya wakil perseorangan wanita negara di Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland, meneruskan kemaraannya ke pusingan kedua malam ini waktu Malaysia.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2017 itu, memastikan tempatnya selepas mengetepikan cabaran pemain nombor 143 dunia, Ashwathi Pillai dari Sweden 21-11, 21-8 dalam masa 34 minit.

Qi Xuan, yang berada 23 tangga di bawah pemain kelahiran India itu, kini akan berdepan pilihan ketujuh dari Mexico, Haramara Gaitan di pusingan kedua nanti.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: