Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Jin Wei terkandas, cabaran negara berakhir di Orleans

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jin Wei

HARAPAN Goh Jin Wei menjadikan Orleans Masters di Perancis sebagai asas kebangkitannya di pentas antarabangsa tidak kesampaian apabila laluannya tersekat setakat suku akhir malam ini waktu Malaysia.

Kejohanan berstatus Super 100 ini pernah menyaksikannya muncul juara pada 2016, namun malam tadi naib juara All England, Pornpawee Chochuwong dari Thailand menguburkan impiannya dengan kemenangan 21-14, 21-13 dalam masa 40 minit.

Pemain berusia 23 tahun dari Rayong itu pantas mendahului set pertama 7-2 , 19-13 dan hanya menyerah satu mata lagi sebelum menamatkannya dengan 21-14 dalam masa 18 minit.

Skrip hampir sama berlaku di set kedua. Jin Wei hanya dua kali mendahului lawan, pada kedudukan 1-0 dan 5-4 manakala selepas itu terus longlai termasuk ketika menyerahkan lapan mata berturut-turut untuk kedudukan 5-12.

Kelebihan itu terus dilebarkan Pornpawee sebelum menang 21-13 untuk memastikan tiket ke separuh akhir menentang pemenang perlawanan antara Busanan Ongbamrungphan dari Thailand dan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia.

Pornpawee, pemain nombor 10 dunia, kini menyamakan kedudukan 3-3 dalam rekod pertemuannya dengan Jin Wei sejak 2014, iaitu kemenangan ketiga berturut-turutnya termasuk yang terakhir di Terbuka Malaysia 2019.

Sebaliknya, laluan Jin Wei, 21, jelas masih panjang di kala dia perlu mencari semula sentuhannya selepas berehat panjang akibat pembedahan pembuangan usus besar pada Oktober 2019.

Sepanjang tempoh itu, dia hanya beraksi sekali dalam kejohanan serantau iaitu Kejohanan Berpasukan Asia pada Feb 2020, berikutan pembatalan banyak pertandingan akibat pandemik Covid 19 tahun lalu.

Aksi terakhirnya dalam siri Jelajah Dunia pula adalah di Terbuka Australia pada Jun 2019.

Situasi itu menyebabkan ranking dunianya menjunam ke tangga ke-146 ketika ini walaupun pernah menduduki ranking ke-24 pada satu ketika.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: