Bola Sepak Semasa Terkini

Demimu bola sepak!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Azalinullah (kanan) ketika aksi menentang Perak FC, 14 Mac lalu

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

CEDERA Anterior Cruciate Ligament (ACL) buat kali ketiga pada usia yang masih muda nyata beri kesan mendalam terhadap emosi pemain tengah Terengganu FC (TFC), Azalinullah Alias.

Dihimpit kecederaan yang paling ditakuti pemain bola sepak buat kali ketiga ketika menentang Melaka United FC pada 17 Mac lalu mengheret niat pemain itu untuk terus melupakan sukan itu.

Walaupun dianggap tidak bernasib baik, Azalinullah, 25, mahu menjadikan pengalaman ketika bangkit sebelum ini sebagai motivasi untuk terus bergiat aktif dalam kerjaya pemain profesional.

“Memang awal-awal saya rasa macam dah tiada harapan dan rasa nak putus asa sebab baru nak mula beraksi dengan baik musim ini, tapi tak sangka dapat ACL pula.

Azalinullah Alias

“Cuma bila fikir balik, tiada guna untuk saya terus rasa seperti itu sebab benda sudah jadi, dan sekarang memang saya sangat bersemangat untuk fokus kepada proses pemulihan supaya dapat bangkit dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Sekarang saya tengah tunggu untuk melakukan pembedahan pada awal April depan dan selepas itu akan berusaha untuk mendapatkan kembali kecergasan walaupun saya tahu peluang agak tipis untuk beraksi kembali pada musim ini,” katanya.

Azalinullah mengalami kecederaan ACL buat kali pertama ketika bersama Harimau Muda C pada 2015 dan kedua pada musim 2019, bersama TFC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: