Antarabangsa Bola Sepak

Permintaan Ronaldo untuk Juventus


Ronaldo ketika menjalani sesi latihan bersama Portugal minggu ini.

CRISTIANO Ronaldo dikhabarkan meminta Juventus untuk membawa masuk dua pemain baharu bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik musim depan.

Persoalan timbul, pemain manakah Juve harus rekrut ?

Juventus gagal pada kempen Liga Juara-Juara musim ini apabila disingkirkan oleh Porto di Pusingan 16.

Di Serie A pula, Juventus terancam gagal mempertahankan scudetto setelah ketinggalan jauh daripada Inter Milan di puncak.

Bianconeri berada di tangga ketiga dengan 55 mata dan dibezakan 10 mata berbanding Inter.

Berikutan aksi buruk itu, Ronaldo dikatakan mahu meninggalkan Juventus pada musim panas nanti.

Namun, dengan kontraknya yang hanya akan berakhir pada Jun 2022, Ronaldo harus membantu kelabnya mendapat hasil lebih bagus musim depan.

Menurut laporan La Gazzetta dello Sport, Ronaldo disebut meminta Juventus merekrut penyerang yang sekurang-kurangnya setaraf Karim Benzema.

Ronaldo juga menginginkan pemain baru di barisan tengah. Dia berharap Juventus boleh mendapatkan seorang playmaker yang mampu memberinya umpanan terbaik.

Ronaldo masih menjadi tonggak handalan utama Juventus untuk menghasilkan gol pada musim ini. Pemain berusia 36 tahun itu telah meledak 30 gol dan empat assist daripada 34 kali penampilan di semua pertandingan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: