Antarabangsa Badminton

Hon Jian-Ee Wei ke pusingan kedua Terbuka Poland

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TOH EE WEI

BEREGU campuran baru negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejohanan Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland, petang ini waktu Malaysia.

Hon Jian-Ee Wei menempah tempat mereka selepas mengetepikan pasangan tuan rumah, Robert Cybulski-Olga Miksza 21-16, 21-11 dalam masa 23 minit.

Menanti mereka di pusingan kedua tengah malam nanti ialah pilihan keempat dari Slovenia, Miha Ivancic-Petr Polanc yang mendapat bye di pusingan pertama.

Ini adalah kejohanan pertama untuk Hon Jian-Ee Wei yang terlibat dalam rombakan skuad negara berikutan pengguguran beberapa pemain senior acara beregu campuran.

Bagi Eee Wei pula, dia mengintai peluang untuk menonjolkan dirinya selepas melihat bekas gandingannya, Pearly Tan kian menyerlah bersama M Thinaah sehingga menjuarai beregu wanita Terbuka Switzerland pada 7 Mac lalu.

Ee Wei bersama Pearly adalah pemenang pingat perak di Kejohanan Remaja Dunia dan Remaja Asia pada 2018.

Mereka dipisahkan apabila Ee Wei menarik diri daripada skuad negara atas faktor kesihatan pada 2019 sebelum kembali semula tahun lalu.

Ee Wei juga adalah pemenang pingat gangsa beregu campuran Kejohanan Remaja Dunia 2016 ketika berganding dengan Chen Tang Jie.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: