Antarabangsa Permotoran

Alex Rins pun terkejut


ALEX RINS

KEPUTUSAN Marc Marquez tidak berlumba pada pusingan MotoGP Qatar 2021 hujung minggu ini  membuatkan Alex Rins terkejut.

Ia selepas penunggang Repsol Honda sudah berlatih sejak beberapa minggu terakhir dan menunjukkan tanda-tanda kembali berentap di litar.

Marquez dicanang melakukan comeback untuk pusingan pertama MotoGP 2021 setelah tersisih lama akibat cedera lengan pada musim lalu.

“Saya terkejut. Kami ada bersembang adakah dia akan turun bersama kami atau bagaimana perkembangan terkini. Dia sudah menunjukkan gambaran bagus dan kelihatan baik ketika latihan,” kata Rins, dipetik dari Speedweek.

Bagaimanapun, Alex Rins berharap Marquez cepat sembuh, walapun hingga kini masih terkejut keputusan dilakukan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: