
CARLES Puyol tampil memberi pendapatnya berhubung masa depan Lionel Messi di Barcelona. Legenda Blaugrana itu menilai, lebih baik jika La Pulga terus kekal di Camp Nou.
Kontrak Messi di Barcelona berakhir pada akhir musim 2020/2021. Namun, sehingga kini belum ada kepastian adakah bintang Argentina itu bakal melanjutkan kontraknya atau tidak di Catalunya.
“Saya baru-baru ini bercakap dengan Messi ketika dia menyamai rekod Xavi.
“Ini akan menjadi berita baik buat Catalunya andai dirinya bertahan dengan kelab. Saya rasa dia sekarang berada di tempat terbaik.
“Masing-masing akan memutuskan apa yang dia inginkan untuk segala keputusan yang dia buat,” demikian kata Carles Puyol dipetik dari Mundo Deportivo.
Sementara itu, pelbagai kelab ternama Eropah dilaporkan bersiap mendapatkan Messi di bursa perpindahan pemain akan datang.
Paling dekat, Paris Saint-Germain dan Manchester City yang disebut-sebut telah menyasarkan pemain berusia 33 tahun tersebut.
Add Comment