Antarabangsa Bola Sepak

Hernandez kecewa panaskan bangku simpanan Bayern

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hernandez sudah temui prestasi sebenar namun belum mampu memikat hati Flick.

LUCAS Hernandez mengaku kecewa apabila dirnya tidak menjadi pilihan utama di Bayern Munich. Walhal, dia berstatus sebagai pemain termahal Die Roten.

Lucas Hernandez, 25 menjadi pemain termahal Bayern Munich sejak dibawa masuk dengan nilai 80 juta euro dari Atletico Madrid pada musim panas 2019.

Kariernya di Allianz Arena tidak berjalan lancar seperti diharapkan. Pada musim lalu, Hernandez lebih banyak dihimpit krisis kecederaan dan hanya beraksi 19 penampilan di Bundesliga 2019/2020.

Nasibnya juga tak banyak berubah musim ini, meskipun Hernandez sudah pulih dari belenggu kecederaan. Setakat ini, dia baru bermain 17 kali di Bundesliga dengan sebahagian besar bermula sebagai pemain simpanan.

Hernandez kalah bersaing dengan Alphonso Davies di posisi pertahanan kiri dan kerap diletakkan menjadi pertahanan tengah.
Walaubagaimanapun, dia masih gagal mengatasi posisi Jerome Boateng dan David Alaba sebagai pilihan utama.

Bukan itu saja, sebagai pemain pelapis , dia tidak menjadi pilihan jurulatih menggantikan Alaba atau Boateng. Sebaliknya, gemar menurunkan Niklas Suele dan itu menyebabkan Hernandez geram kerana kerap memanaskan bangku simpanan.

“Saya adalah seseorang yang selalu ingin bermain. Musim lalu sangat sukar dengan kecederaan saya. Musim ini berjalan lebih baik.

“Setiap kali saya bermain untuk kelab, saya ingin mengembalikan kepercayaan kepada kelab. Ada masanya saya kecewa, marah, kesal ketika berada bangku simpanan,” ujar Lucas Hernandez dipetik dari BavariaFootballworks.

Hernandez kini harus berjuang keras untuk meningkatkan level permainannya demi mendapat minit bermain dan mendapat kepercayaan dari pengurus Bayern, Hansi Flick.

Jika tidak, dia boleh sahaja disingkirkan oleh Die Bavaria. Ia selepas Bayern sudah mendapatkan Dayot Upamecano dari RB Leipzig untuk saingan musim depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: