Antarabangsa motorsport

‘Rasa seperti hari pertama persekolahan’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rossi akan melakukan debut bersama  Petronas Yamaha SRT di Losail, Ahad ini.

PENUNGGANG Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi begitu bersemangat menyambut aksi pusingan pertama MotoGP 2021 di Qatar. Rossi mengaku selesa bersama pasukan barunya itu.

Perlumbaan di Losail, Ahad ini akan menandakan debut The Doctor bersama Petronas SRT. Rossi bergabung pasukan asal Malaysia setelah menghabiskan lapan tahun terakhir bersama pasukan utama Yamaha.

Bersama Petronas SRT, Valentino Rossi akan mencuba untuk aksi lebih kompetitif  selepas mengalami kesukaran dalam dua musim terakhir, khususnya pada tahun 2020.

Podium merupakan sasaran utama Rossi setelah kali terakhir kali menaikinya di Andalusia, Sepanyol tahun lalu.

“Atmosfera pada hari Khamis (semalam) dari pusingan pertama biasanya sama. Seperti hari pertama sekolah dan selalu bersemangat,” kata Rossi di Crash.

Rossi juga akan menjalani musim ke-26 bertanding di kejuaraan dunia pemotoran. Pelumba Itali itu sudah bergelar sembilan kali juara dunia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: