Antarabangsa Permotoran

 Morbidelli pencabar hebat di Losail


JACK Miller menilai Franco Morbidelli bakal menjadi saingan utamanya pada MotoGP Qatar 2021.

Kini, dia bertekad mengalahkan naib juara MotoGP 2020 di Litar Losail hujung minggu ini.

Miller tampil cemerlang pada sesi latihan bebas 1 dan 2 dengan catatan masa 1 minit  55.112 saat.

Pada sesi latihan bebas (FP2), Miller hadir dengan penampilan terbaiknya. Penunggang asal Australia ini muncul terpantas dengan catatan  1 minit 53.387 saat. Dia mengatasi Francesco Bagnaia dan Fabio Quartararo di posisi kedua dan ketiga.

Walaubagaimanapun , Miller enggan terlena dengan dengan kejayaan itu.

Pelumba 26 tahun ini menilai pertandingan di MotoGP Qatar agak menyukarkan.  Salah seorang pelumba yang menurut Miller bakal menjadi saingan utamanya adalah Francesco Morbidelli.

“Saya sedikit takut menghadapi kelayakan ini. Ada banyak pelumba yang laju. Frankie sangat cepat dan kuat,” ujar Miller dilapor Crash.

“Dia mencatatkan lap terpantas hari ini pada pusingan ketiga. Frankie adalah lelaki yang harus dikalahkan. Tapi kita akan lihat apa yang terjadi nanti,” jelasnya.

MotoGP Qatar 2021 akan melanjutkan sesi latihan bebas 3 dan 4 dan kemudian disambung ke sesi kelayakan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: