Antarabangsa Bola Sepak

Belanda tebus kekalahan


BELANDA segera melupakan kekalahan kepada Turki dan memungut tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Latvia awal pagi tadi.

Pada aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan G di Johan Cruijff Arena, Belanda menang 2-0.

Selepas perlawanan memasuki setengah jam, Steven Berghuis berjaya membawa De Oranje memimpin pasukan dengan menyempurnakan hantaran Davy Klaassen.

Pada separuh masa kedua, Luuk De Jong menambah gol dengan memanfaatkan hasil umpanan Memphis Depay.

Kedudukan itu kekal dijaga rapi oleh anak asuhan Frank de Boer sehingga akhir permainan. Tangga pertama dihuni Turki dan Montenegro yang merakam dua kemenangan dari dua perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: