Bola Sepak Semasa Terkini

Pengadil itu cikgu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk S Sivasundaram

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

“PENGADIL adalah cikgu dalam padang!

Demikian pesanan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram kepada pemain industri bola sepak tempatan selepas menyaksikan kreadibiliti pegawai berkenaan sering dipertikaikan.

Sivasundaram berkata setiap pemain atau pun pegawai perlu ada rasa hormat terhadap pengadil dan tidak perlu bersikap terburu-buru mahu pun agresif jika ada sebarang rasa tidak puas hati.

“Saya akan buat yang terbaik untuk perbaiki mutu pengadilan. Saya minta pemain hormat pengadil kerana mereka adalah cikgu dalam padang.

“Itu yang saya mohon kepada pemain dan pegawai dalam industri bola sepak,” katanya ketika hadir ke Majlis Reunion pasukan bola sepak Malay Mail, semalam.

Antara bekas pemain yang hadir di Majlis Reunion pasukan bola sepak Malay Mail

Sejak kebelakangan ini, beberapa insiden menyaksikan kreadibiliti pengadil tempatan mula dipertikai oleh ramai pihak termasuk penyokong.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang usaha yang akan dilakukan dalam proses penambahbaikkan mutu pengadilan, Sivasundaram berkata pihaknya akan melakukan pertemuan dengan pengadil.

“Saya baru saja terima jawatan pengerusi jawatankuasa pengadil dan saya akan nilai prestasi pengadil.

“Memang saya akan jumpa dan dekati pengadil dalam tempoh tiga ke empat minggu sekali. Saya akan cuba motivasikan supaya terus dapatk laksanakan tugas dengan baik ketika dalam padang,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: