Antarabangsa Permotoran

Keyakinan tinggi Valentino Rossi


Rossi akan mengibarkan cabaran  bersama Petronas Yamaha SRT musim ini.

VALENTINO Rossi percaya dirinya mampu beraksi baik pada pusingan pembukaan MotoGP 2021 di Qatar hujung minggu ini.

Malah, Rossi yakin boleh bersaing dengan penunggang lain berdasarkan hasil ujian masa pramusimnya.

MotoGP Qatar minggu ini menandakan debut The Doctor bersama Petronas Yamaha SRT.

Namun, lebih penting lagi bagi Rossi adalah berusaha bangkit daripada musim terburuknya di kejuaraan ini setelah menamatkan kedudukan ke-15 yang turut dipengaruhi jangkitan virus corona.

“Setelah ujian masa di Qatar, saya berasa puas dan keadaan jentera. “Saya mencapai pusingan terbaik di litar ini, dan ia perkara positif untuk dilakukan,” katanya dilapor Crash.

Rossi memiliki rekod bagus di Qatar semasa menunggang Yamaha. Sejak 2013, Rossi juara (2015) dan hanya dua kali gagal naik podium.

Juara dunia sembilan kali itu mengakhiri kedua sebanyak dua kali (2013, 2014) dan dua kali di posisi ketiga (2017, 2018).

Musim MotoGP 2021 dikatakan akan menjadi penentu karier Valentino Rossi. Pelumba yang sudah berusia 42 tahun itu akan memutuskan sama ada meneruskan atau tidak pertandingan ini selepas separuh musim pertama perlumbaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: