Antarabangsa Bola Sepak

Erling Haaland atau Kylian Mbappe?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Suarez pilih Mbappe yang berada pada tahap yang sangat tinggi.

 

BAIK Erling Haaland atau Kylian Mbappe, kedua-duanya cukup menyinar dan mencipta rekod peribadi masing-masing.

Persoalannya, siapa pemain pilihan terbaik anda ?

Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez ada jawapan tersendiri ketika diwawancara Twitch dengan Gerard Romero.

Persaingan mereka berkembang pesat dengan cepat dan diharapkan dapat menggantikan persaingan sengit antara bekas bintang terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan pemain Barcelona, Lionel Messi.

“Dia (Haaland) adalah pemain yang hebat dan dia berada di kelas yang luar biasa.

“Dia mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa danadalah salah satu pemain No.9 terbaik di dunia dan dia akan menandakan era baharu.

“Saya juga suka Haaland, tetapi Mbappe berada pada tahap yang sangat tinggi,” kata pemain antarabangsa Uruguay itu dipetik Marca.

Gergasi La Liga, Real Madrid dan Barcelona telah dikaitkan dengan gerakan untuk merekrut Haaland setelah dia melakukan satu lagi kempen menjaringkan gol yang luar biasa di Dortmund.

Selain itu, Manchester City, Manchester United dan Chelsea juga berminat dengan bekas bintang RB Salzburg dengan Liverpool berpotensi mencabar Real Madrid untuk bintang Perancis, Mbappe pada tahun-tahun yang akan datang.

Untuk rekod, Mbappe kini telah mencetak 30 gol dari 36 pertandingan bersama PSG, sementara Haaland 33 dari 31 perlawanan untuk BVB.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: