Antarabangsa Pelbagai Semasa Terkini

Peluang skuad terjun negara layak ke Olimpik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mae Che

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSEKUTUAN Renang Antarabangsa (FINA) mengesahkan Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun pada 18 hingga 23 April ini akan berlangsung mengikut jadual.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Che berkata, keputusan ini memberi peluang untuk lebih ramai skuad terjun negara melayakkan diri ke temasya Olimpik lebih cerah kerana syarat kelayakan yang lebih mudah terutama membabitkan acara perseorangan.

Katanya, Malaysia akan menghantar barisan terkuat dan cuba untuk melayakkan diri dalam seberapa banyak acara yang boleh dan semua atlet negara perlu memberi fokus kepada persiapan masing-masing untuk penyertaan ke Tokyo itu nanti.

“Kita akan menghantar skuad terkuat yang mana Pandelela (Rinong), (Leong) Mun Yee akan fokus kepada acara 10m seirama, Wendy (Ng) dan Nur Dhabitah (Sabri) akan cuba untuk melayakkan diri dalam acara 3m seirama.

“(Cheong) Jun Hoong juga akan cuba untuk mencuba nasib dalam acara 10m individu,” katanya.

Kejohanan Piala Dunia ini merupakan peluang terakhir buat atlet dunia melayakkan diri ke temasya Olimpik yang mana bagi acara individu 10m platform dan 3m papan anjal , 18 atlet terbaik akan layak manakala dalam acara seirama empat terbaik akan mengesahkan tempat ke Olimpik.

Bagi negara yang sudah mengesahkan tempat ke temasya terbesar itu, tempat berkenaan akan diambil alih oleh negara yang menduduki tempat kelima dan seterusnya.

Untuk rekod hingga setakat ini empat penerjun wanita negara sudah mengesahkan tempat yang mana Pandelela melayakkan diri dalam acara 10m platform individu dan seirama bersama Mun Yee manakala Dhabitah bersama Wendy (3m seirama).

Piala Dunia turut memberi peluang kepada atlet lelaki berpengalaman negara seperti Ooi Tze Liang dam Chew Yiwei untuk mengesahkan tempat dalam acara masing-masing.

Pada temasya empat tahun lalu di Rio skuad terjun negara memberi impak membanggakan dengan kejayaan Jun Hoong dan Pandelela menyumbangkan perak dalam acara 10m seirama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: