Lain-Lain

Hadiah keseluruhan RM100,000 jadi rebutan


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyempurnakan Majlis Pelancaran MES, semalam

MENGUBAH tanggapan masyarakat menjadi perkara penting yang mahu dilihat dalam penganjuran Kejohanan Siri E-Sukan Malaysia (MES), bermula Jumaat hingga 11 April ini.

Tidak hanya pertandingan biasa, penganjuran MES diharap mampu memberi gambaran sebenar mengenai sukan elektronik seiring dengan perkembangan semasa industri berkenaan.

Pemilik THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata industri sukan elektronik merangkumi pelbagai lapisan.

Tambah Aimanhaq, penganjuran MES misalnya turut mendapat sokongan banyak pihak termasuk daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Pengiktirafan KBS menambakkan lagibkerancakan sukan elektronik. Ia melibatkan banyak lapisan masyarakat dan tidak hanya daoat lahirkan atlet profesional malah dapat membuka peluang pekerjaan,” sidang media selepas Majlis Pelancaran MES, semalam

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran MES.

Penganjuran MES dibuat secara bersama oleh My Events International dan THQ Esports Club.

Tiga permainan akan dipertandingkan pada penganjuran MES kali ini, Mobile Legends, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) serta FIFA 2021.

Hadiah keseluruhan RM100,000 bakal jadi rebutan dengan pusingan akhir dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 April ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: