Hoki Semasa Terkini

UniKL Ladies juara baru LHM 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain UniKL Ladies meraikan gelaran juara baru Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2021.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

SEJARAH tercipta apabila UniKL Ladies muncul juara baru Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2021 dalam penampilan pertama mereka selepas menumpaskan Sabah 7-0 pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional malam tadi.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan, UniKL Ladies sah dinobat sebagai juara liga selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dan meraih 12 mata penuh dengan baki satu perlawanan sebelum tirai liga dilabuh Rabu ini.

Sabah kekal dengan enam mata dan kini menghuni kedudukan ke-4 liga selepas kekalahan kedua mereka.

Dengan hanya baki satu perlawanan menentang Young Tigress, UniKL Ladies sudah berada di luar jangkauan pasukan lain manakala gelaran naib juara kini menjadi perebutan antara PKS Uniten-KPT dan PDRM Blue Warriors. Sebelum itu, Uniten menewaskan Mutiara Juniors 13-1 manakala dan PDRM menundukkan Young Tigress 9-0.

Bagi UniKL Ladies, kejayaan dalam penampilan pertama itu pastinya satu pencapaian amat manis kerana selain dapat merealisasikan sasaran awal muncul juara, kemenangan itu terus mengukuhkan reputasi skuad universiti itu sebagai kuasa besar hoki lelaki dan wanita negara.

UniKL Ladies memastikan kemenangan mutlak ke atas Sabah dengan prestasi cemerlang penjaring hatrik Nuramirah Shakirah Zulkifli yang berjaya membolosi gawang pada minit ke-14, 41, 50 dan 54. Kejayaan hatrik itu sekaligus melonjakkan kedudukan beliau sebagai penjaring terbanyak liga setakat ini dengan 7 gol daripada empat perlawanan.

Gol lain UniKL Ladies hadir menerusi Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin pada minit ke-4 dan Nur Atira Mohamad Ismail pada minit ke-23 dan 29.

UniKL Ladies  akan melengkapkan kempen liga menentang Young Tigress Rabu esok.

Lega dan bangga dengan pencapaian bersejarah itu, pengurus pasukan Jaldin Ahmad menganggap kejayaan itu terhasil dari komitmen padu semua barisan pemain dan jurulatih serta pengurusan.

“Komitmen tinggi semua pihak terutama pemain menjadi kunci utama kejayaan. Pasukan semakin berkobar-kobar mengahrungi cabaran Piala seterusnya dan kami akan cuba mencipta kejayaan lagi,” katanya.

 

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: