Semasa Sepak Takraw Terkini

PSM sedia terima Syahir Rosdi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Ismail

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersedia menerima kembali bekas tekong kebangsaan, Mohd Syahir Rosdi menyertai pasukan kebangsaan namun perlu melalui perlawanan atau ujian simulasi yang ditetapkan.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata, tidak adil bagi pemain lain jika Syahir terus diberikan ruang menyertai skuad kebangsaan tanpa bersaing dengan beberapa pemain lain.

“Pada dasarnya Jawatankuasa Pembangunan Atlet dan Pengurusan PSM telah bersetuju untuk menganjurkan kejohanan berbentuk simulasi pada 8 hingga 10 April nanti.

“Kita akan bagi dia menentang regu yang kuat, dari apa yang saya lihat prestasinya dipentas final STL sebelum ini begitu membanggakan.

“Syahir telah kembali pada zaman kegemilangannya 2014 lalu ini ,” jelasnya pada media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Sea 2021 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebentar tadi.

Ahmad turut memaklumkan hukuman yang dikenakan ke atas Syahir sebelum ini bertujuan mendidik pemain dan jika dia telah berubah peluang kedua perlu diberikan kepadanya.

“Dia perlu mengangkat sumpah aku jani dengan ke semua jurulatih dan beberapa syarat lain yang perlu dibuat atas dasar anak dengan ayah,” jelasnya.

Untuk rekod pada 27 Jun 2019, PSM  telah mengenakan hukuman penggantungan dua tahun ke atas Syahir Rosdi dan Zulkifli Razak atas alasan disiplin dan dilarang menyertai sebarang keohanan atau pertandingan sepak takraw sama ada dalam dan luar negara.

Namun PSM mengurangkan hukuman penggantungan kepada sembilan bulan selepas kedua-duanya membuat rayuan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: