Bola Sepak Semasa Terkini

Ini rumah saya!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

De Paula (tengah) giat menjalani latihan pada hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan semalam

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PERSOALAN yang ditimbulkan peminat tempatan terhadap umur Guilherme De Paula bakal menjadi ‘senjata rahsia’ buat pemain naturalisasi ketiga negara itu.

De Paula tidak merasakan yang faktor usia yang bakal mencecah 35 tahun November ini sebagai halangan kerana paling penting adalah persiapan yang dilakukan.

“Semua orang bercakap mengenai saya tetapi ia bukan masalah dan saya ambil semuanya sebagai suntikan semangat. Apabila orang bercakap membuatkan saya lebih bermotivasi.

“Dalam profesional, ianya normal. ‘Old is gold’… umur tidak ada masalah dan kita boleh tengok di pentas Eropah. Sekarang saya perlu kekalkan kecergasan dan kuatkan mental.

“Saya perlu berikan lebih 100 peratus dan saya perlu bekerja keras setiap hari untuk bantu pasukan kebangsaan. Malaysia adalah rumah saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pegendali negara, Tan Cheng Hoe memanggil Arif Fadzilah Abu Bakar bagi menggantikan Fazly Mazlan yang mengalami kecederaan hamstring.

Mengulas peranan tambahan digalasnya dalam membantu pemain muda, De Paula berkata ianya adalah tanggungjawab bersama dalam mempelajari sesuatu yang baru.

“Luqman Hakim Shamsudin adalah masa depan Malaysia. Dia boleh belajar daripada saya dan saya juga boleh belajar sesuatu daripadanya.

“Semua pemain muda ada masa depan yang baik, begitu juga dengan Ramadhan Saifullah Usman, Akhyar Rashid dan ramai lagi pemain berkualiti. Apa pun adalah sesuatu yang bagus untuk saya bersama mereka,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: