Badminton Semasa Terkini

BAM tanpa Zii Jia di Sukan Sea 2021


Kenny Goh

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak akan menghantar juara All England 2021, Lee Zii Jia dalam skuad kebangsaan menyertai Sukan Sea 2021 di Hanoi, Vietnam hujung tahun ini.

Selain Jii Zia, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tidak akan beraksi pada temasya dwi tahunan itu kerana mahu mereka memberi tumpuan pada empat kejohanan besar tahun ini.

Pengurus Besar BAM, Datuk Kenny Goh berkata rancangan untuk mengenepikan skuad utama dibarisi antara lain juara All England 2021, Lee Zii Jia dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik daripada beraksi pada temasya dwi tahunan itu kerana mahu mereka memberi tumpuan pada empat kejohanan besar tahun ini.

“Empat kejohanan berkenaan adalah Sukan Olimpik Tokyo 2020, Piala Thomas dan Uber di Denmark, Kejohanan Badminton Dunia di Sepanyol dan Piala Sudirman di China.

“Kami telah mengusulkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menghantar skuad dibarisi pemain muda dan pemain pelapis untuk beraksi di Hanoi nanti.

“Saya percaya percaturan ini akan memberikan satu motivasi positif kepada para pemain berkenaan untuk mewakili negara ke Sukan Sea 2021 kerana ia juga merupakan kejohanan terbesar memandangkan kebanyakan gergasi badminton dari Asia Tenggara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Sea 2021 di Wisma MOM, hari ini.

Skuad badminton negara menyumbang tiga pingat emas pada Sukan Sea 2019 di Manila, FIlipina menerusi Zii Jia (perseorangan lelaki), Aaron-Wooi Yik (beregu lelaki) dan S. Kisona (perseorangan wanita).

Pada masa sama, Kenny memaklumkan BAM juga sedang melakukan analisis terhadap pasukan dari negara lain yang akan bertanding di Hanoi nanti namun menegaskan tidak mengetahui sama ada mereka juga mempunyai rancangan yang sama seperti diusulkan pihaknya.

“Apa yang penting adalah pemain harus fokus dan berlatih bersungguh-sungguh bagi menghadapi saingan di Sukan Sea 2021 nanti,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: