Antarabangsa Bola Sepak

Solskjaer kembali dapat amaran pemecatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Solskjaer kena menang Liga Europa jika mahu jangka hayat di United diteruskan.

 

OLE Gunnar Solskjaer kembali menerima amaran pemecatan setelah Man Utd terkeluar dari saingan Piala FA, lapor Mirror.

Kini, harapan terakhir United memburu kejuaraan adalah di Liga Europa setelah tersingkir dari kedua-dua piala domestik dan dengan gelaran Liga Perdana Inggeris yang tidak dapat dicapai.

Tekanan mulai meningkat untuk Solskjaer dan Danny Murphy yakin pengurus United itu akan menghadapi pemecatan itu jika kelab dibimbingnya mengakhiri musim tanpa sebarang trofi.

Solskjaer menyaksikan perlawanan ketika pasukannya dikalahkan dengan oleh Leicester pada hari Ahad lepas ketika mereka tersingkir di peringkat suku akhir.

Kekalahan itu meranapkan peluang United mara ke final pertama di bawah kendalian Solskjaer.

Musim ini sahaja, The Red Devils sudah tersingkir dari Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan dan tersekat di separuh akhir Piala Carabao kepada Man City.

Dan Murphy kini merasakan kegagalan mereka memenangi Liga Europa boleh membebankan jawatan Solskjaer.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: