Antarabangsa Bola Sepak

Manchester United tetap ke-2 terbaik di England


GARY Neville mengakui kecewa melihat Manchester United tersingkir dari Piala FA di tangan Leicester City, kelmarin.

Walaubagaimanapun, bekas pemain United itu menyebut The Red Devils adalah “pasukan  terbaik kedua di negara ini”.

Neville juga berkata, kelab bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu seharusnya boleh menggagalkan usaha Manchester City untuk meraih empat gelaran pada musim ini.

Ketika ini, United masih berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris  dengan mengumpul  57 mata dari 29 pertandingan, ketinggalan 14 mata di bekalang Manchester City, yang sudah bermain 30 perlawanan.

“Saya masih berfikir Man Utd adalah pasukan terbaik kedua di negara ini dan menamatkan di posisi kedua adalah bagus, bukan tangga kedua terburuk,” ujar Neville kepada Sky Sports.

Neville, yang pernah memenangi lapan gelaran Liga Perdana Inggeris dan menjadi skuad treble winners 1999 di Old Trafford, mengakui kecewa dengan tersingkirnya United dari kempen Piala FA.

“Saya kecewa dengan apa yang terjadi ketika melawan Leicester. Saya tahu bagaimana perasaan peminat Man Utd, saya melihat reaksi mereka di media sosial,” ujarnya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: